Artikel

7-Eleven Malaysia Catat Keuntungan Pada Suku Kedua – RM510 Juta

7-Eleven Malaysia Berhad, cawangan kedai serbaneka kini mencatatkan keuntungan pada suku kedua dengan jumlah pendapatan RM510 juta.

Keuntungan selepas cukai bagi tempoh April-Jun adalah RM4.3 juta meskipun marginnya jauh lebih rendah daripada RM14.5 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Produk perubatan menyumbang lebih daripada seperlima dari jumlah pendapatan masing-masing pada RM139.1 juta dan RM5.8 juta.

Keuntungan terasnya dari kedai serbaneka dan produk perubatan masing-masing berjumlah RM24.3 juta dan RM5.8 juta masing-masing, sementara keuntungan selepas cukai tahun ke tahun kumpulan pula mencecah RM14.0 juta berbanding RM25.7 juta dalam tempoh yang sama 2019.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan, Colin Harvey, walaupun keadaan semasa ekonomi negara sedang merosot, namun pihaknya berjaya mengekalkan prestasi premis perniagaan.

Melalui pengukuhan kumpulan pada pelbagai bahagian seperti rantaian bekalan, operasi pengeluaran dan jualan secara dalam talian – ternyata ia dapat mengekalkan prestasi kumpulan.

Tambahan pula pemerolehan kedai farmasi kumpulan Caring secara tidak langsung turut akan memberi nilai tambah kepada portfolio syarikat 7-Eleven Malaysia Berhad.