Eksport Malaysia dijangka menurun secara sederhana 3.5% untuk tahun ini.
Penurunan ini lebih tinggi berbanding pertumbuhan 1.7% (RM986.38 bilion) pada tahun lalu, 2019.
Berdasarkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), faktor penyusutan ini didorong oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Latiff Wan Musa mengatakan setakat ini momentum eksport negara bagi enam bulan pertama tahun ini, telah turun sehingga 6.8%.
Faktor PKP telah membawa kepada kesan yang lain seperti gangguan pada rantaian bekalan global, sekatan perjalanan dan permintaan perdagangan berterusan terjejas.