Artikel

Sidang Ekonomi Dunia Kini Ditangguhkan Sehingga Musim Panas 2021

Sidang kemuncak Forum Ekonomi Dunia Davos 2021 (WEF) pada Januari akan datang akan dibatalkan.

Keputusan itu diambil berikutan penularan COVID-19 masih lagi berlaku diseluruh dunia. Malah tindakan ini juga mengambilkira nasihat pakar kesihatan berhubung situasi sekarang, di mana Switzerland kini memiliki sebanyak 3,922 kes positif COVID-19 dengan 1,723 kes kematian telah dicatatkan ketika ini.

Para pemimpin ekonomi, ahli politik dan penganjur kini bersepakat untuk menjadualkan semula persidangan tersebut pada awal musim panas kelak, Jun 2021.

Penundaan ini bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk diambil oleh sidang WEF, ini kerana seluruh negara pada ketika ini sedang memasuki proses pemulihan dan pelbagai isu perlu perdebatkan.