Artikel

Sime Darby Property Lapor Kerugian Bersih Suku Kedua – RM81.77 Juta

Sime Darby Property Bhd kini mengalami kerugian bersih sebanyak RM81.77 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020.

Melalui satu kenyataan Bursa Malaysia, hasil kumpulan tersebut telah dipengaruhi oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta penghapusan inventori.

Pendapatan bagi suku ini mencatatkan kemerosotan kepada RM288.23 juta daripada RM865.90 juta sebelumnya.

Sementara itu, segmen pelaburan hartanahnya juga mencatatkan kerugian sebanyak RM5.0 juta berbanding keuntungan RM500,000 pada suku pertama 2020 kerana penurunan pendapatan, yang disebabkan oleh konsesi sewa yang diberikan kepada penyewa sewaktu fasa PKP.

Manakala bagi prospek pula, kumpulan ini meramalkan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur sebagai hasil pakej rangsangan dan semakan dasar pemerintah, seperti Kempen Pemilikan Rumah 2020 dan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 1.75%.

Dasar ini baik untuk mendorong pembelian hartanah sebagai kelas aset pelaburan jangka panjang dan ia boleh dipertingkatkan sehingga 2021.