Singapura kini muncul sebagai pengimport ketiga terbesar produk minyak sawit Malaysia bagi rantau Asean.
Catatan pada tahun 2019 ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah 5.8% dari 650.411 tan kepada 688.457 tan.
Menurut Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, pihaknya positif bahawa eksport minyak sawit Malaysia ke negara jiran itu akan terus meningkat, setelah ekonomi semakin pulih. Meskipun krisis COVID-19 sedang berlaku ketika ini, namun keadaan itu masih dibawah jangkaan mereka.
Tiga eksport utama produk minyak sawit Malaysia ke Singapura adalah terdiri daripada minyak sawit (361,898 tan), olekimia (150,625 tan), produk minyak sawit siap (136,488 tan).
Kenyataan ini diperoelhi susulan pertemuan MPOB bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Loy Hui Chien di pejabatnya.
Antara inisiatif lain yang turut dibincangkan adalah kelestarian minyak sawit Malaysia dan cara-cara untuk meningkatkan eksport komoditi tersebut ke Singapura pada masa akan datang.
Untuk tempoh Januari-Jun 2020, Ahmad Jazlan mengatakan nilai eksport minyak sawit Malaysia ke Singapura meningkat 9.0% kepada 357.542 tan dari 327.942 tan bernilai RM1.18 bilion.
Melalui peningkatan eskport ini, ia juga dapat membantu kementerian mencapai sasaran industri kelapa sawit dengan menyumbang RM70 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM64.84 bilion tahun lalu.