Artikel

Exxon Dulu Gergasi, Kini Semakin Jatuh – Dikeluarkan Dari Pasaran Saham Dow Selepas 92 Tahun

Sekiranya dahulu Exxon pernah tampil sebagai syarikat paling bernilai di dunia pada 2013, kini untuk tahun 2020 ia bukan lagi pilihan senarai Indeks Perindustrian Dow Jones.

Pengeluaran Exxon dari senarai itu telah mengejutkan ramai pihak, ia secara tidak langsung menunjukkan sektor tenaga bukan lagi tumpuan AS dan Dow Jones.

Dow Jones kini mengantikan kedudukan Exxon kepada syarikat teknologi, Salesforce (CRM) dan Chevron (CVX) – syarikat minyak tunggal.

Penggantian Chevron selaku syarikat minyak tunggal pada senarai indeks Dow Jones sememangnya memberi tamparan kepada Exxon.

Ketika saham AS mengalami penyusutan pada Mac lalu, pasaran Exxon telah menurun sehingga 40%, sedangkan Chevron hanya mengalami penurunan sekitar 28% sahaja. Ini secara terus menunjukkan keyakinan permintaan telah mula beralih.

Sebelum ini, sektor tenaga dilihat mepelopori sehingga 16% pada S&P500 namun kini kadar itu menyusut sehingga 2.5%. Kemerosotan ini tercetus apabila tumpuan pelaburan global mula beralih kepada sektor teknologi.

Pada masa yang sama kejatuhan Exxon ini diperkukuhkan lagi atas faktor masalah dalaman dan krisis semasa.

Perubahan itu menandakan kejatuhan yang luar biasa dari Exxon, pelepasannya mencerminkan penurunan syarikat komoditi dalam ekonomi AS semakin berterusan.

Pergeseran itu turut mencerminkan transformasi ekonomi AS kini lebih memihak kepada teknologi – dan momentum pasaran juga beralih ke arah itu.  Kenyataan ini dapat dilihat pada penglibatan syarikat teknologi, seperti Amazon (AMZN), Apple (AAPL) dan Zoom (ZM) yang kekal bertahan meskipun krisis COVID-19 memberi tekanan.

Secara ringkasnya, kedudukan Exxon telah dihancurkan oleh peralihan tumpuan pasaran, kejatuhan harga minyak global yang merudum dan mengalami kejatuhan dari aspek permintaan.