Premis rangkaian makanan segera global, Kentucky Fried Chicken (KFC) kini akan menghentikan penggunaan slogan “Finger Lickin’ Good” atau Sedap Hingga Menjilat Jari.
Ini kerana mesej iklan tersebut dilihat telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial. Pada situasi COVID-19 ini, laras pengiklanan seperti menjilat jari dilihat tidak bertepatan.
Bagaimanapun aduan itu hanyalah bersifat segelintir sahaja, kebanyakan pengemar KFC memberi maklum balas bahawa mereka tidak memiliki sebarang masalah berhubung mesej iklan tersebut.
Setakat ini, KFC telah menghentikan penggunaan slogan itu dan menarik semula pemaparan iklan tersebut. Tindakan ini dilakukan dengan mengambilkira nasihat kesihatan krisis COVID-19.
Namun, usah khuatir KFC mengatakan slogan tersebut akan digunapakai semula setelah waktu yang bersesuaian tiba.
Untuk makluman, KFC telah menggunakan slogan “Finger Lickin’ Good” ini sejak tahun 1950-an lagi, dan slogan itu telah digunapakai semula pada tahun 2008 pula.
Kini, KFC memiliki sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.