Kini, Maybank Global Sustainable Equity-I Fund (MGSEIF) telah dilancarkan bagi meningkatkan pulangan jangka panjang.
Platform dana ekuiti global ini telah dilaksanakan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM Malaysia), dengan menggunakan faktor persekitaran, sosial dan pengurusan (ESG).
Selaku platform berbentuk dana ESG patuh syariah pertama, ciri utamanya adalah melabur ke syarikat ESG syariah dengan keyakinan tinggi di seluruh pasaran global dengan Schroders Investment Management (Singapore) Ltd selaku penasihat pelaburan dana.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAM Malaysia, Ahmad Najib Nazlan, perniagaan dan pelaburan yang mampan adalah bahagian asas tanggungjawab korporatnya untuk generasi hari ini dan akan datang.Dana ini akan memberi peluang kepada pelabur berpotensi untuk mencapai pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur terutamanya dalam portfolio ekuiti ESG syariah.
Ia dirancang untuk pelabur yang mempunyai minat untuk melabur dalam portfolio pelbagai ekuiti patuh syariah global yang memenuhi kriteria kelestarian dana, dan mempunyai jangka masa panjang pelaburan.
Selain itu, susulan keadaan semasa krisis pandemik – ia telah mempercepat penggunaan ESG ke dalam dasar pelaburan arus perdana, sehingga menambah banyak statistik yang menunjukkan bahawa para pelabur perlu bersetuju bahawa ESG harus dipandang serius.
MGSIEF mengharapkan melalui platform ini, ia dapat memenuhi keperluan pelabur yang mencari pilihan pelaburan mampan syariah. Selain keperluan, platform ini turut dapat menghasilkan pulangan dengan pendapatan tahunan dari pelaburan mereka.