Artikel

Tesco UK Buka 16,000 Peluang Pekerjaan, Susulan Peningkatan Permintaan Runcit

Tesco kini bakal mewujudkan 16,000 pekerjaan tetap di United Kingdom, susulan peningkatan permintaan runcit disebabkan krisis COVID-19.

Ini kerana, sejak bermulanya krisis tersebut – Tesco telah menerima permintaan secara dalam talian sekitar 1.5 juta pelanggan untuk setiap minggu. Maka inisiatif peluasan kapasiti perniagaan perlu dilakukan.

Ia bagi mematikan kelangsungan pengeluaran an penghantaran produk dapat dipertingkatkan.

Menurut Jason Tarry, Ketua Eksekutif Tesco UK dan Ireland – menerusi tindakan ini ia dapat membantu syarikat memenuhi permintaan pengguna dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tawaran pekerjaan.

Untuk makluman sekitar 47,000 kakitangan Tesco kekal bergading bahu pada operasi ketika COVID-19 menular, walhal ada antara mereka yang telah tamat kontrak pekerjaan.