Dutch Lady Malaysia kini mencatatkan keuntungan bersih RM21.23 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020.
Kenaikan sehingga 23.5% ini secara tidak langsung memaparkan permintaan yang lebih tinggi berbanding suku yang sama tahun lalu mencatatkan RM17.19 juta.
Malah catatan itu turut memaparkan perbelanjaan komersial yang lebih rendah dan cekap telah dilaksanakan.
Pendapatan turut meningkat 12.3% tahun ke tahun kepada RM273.52 juta daripada RM243.60 juta sebelumnya.
Berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia, operasi Dutch Lady menunjukkan prestasi yang baik – meskipun negara dilanda krisis COVID-19, syarikat masih menjalankan operasi pada tahap kapasiti penuh.