Artikel

Krisis COVID-19, Korea Selatan Isytihar Darurat

Korea Selatan kini isytihar darurat, berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Presiden Moon Jae-in, di mana situasi ketika ini jauh lebih serius berbanding penularan sebelumnya.

Susulan itu, langkah-langkah percegahan akan diperkemaskan. Antaranya adalah penjarakan fizikal dan penutupan sementara operasi perniagaan dan institusi pendidikan telah dilakukan.

Sudah pasti tindakan tersebut dapat membantu menangani wabak pandemik, namun secara tidak langsung ia turut menjejaskan ekonomi negara mereka.

Setakat ini, negara tersebut telah memcatatkan tiga digit berturutan sepanjang tempoh 11 hari, kini angka kes yang masih berada dalam rawatan adalah 3,137 kes dan telah mencatatkan kadar kematian seramai 309 kes.

Selain Seoul, antara bandar baharu yang mulai terkesan akan jangkitan baharu ini adalah di bandar Busan, Daejeon dan Sejong. Untuk makluman, minggu lalu Korea Selatan mencatatkan pertumbuhan bagi suku kedua dengan kemerosotan sehingga -3.3%.

Penguncupan itu didorong oleh penularan krisis COVID-19 pada Mac lalu. Tidak hanya Korea, namun negara Asia lain turut memaparkan penurunan pada kadar pertumbuhan suku negara, Malaysia mencatatkan kemerosotan KDNK pada -17.1%.