Artikel

SC, OJK Indonesia Jalin Kerjasama Membangunkan Fintech

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini umum kerjasama dengan Otoritas Jasa Keuangan (OJK), sebuah perkhidmatan kewangan Indonesia.

Menerusi jalinan teknologi kewangan ini ia secara tidak langsung dapat meluaskan ekosistem fintech kedua-dua buah negara.

Untuk makluman tujuan kerjasama ini adalah untuk memudahkan perkongsian maklumat mengenai perkembangan fintech, dengan memberikan peluang projek inovasi bersama dan memudahkan rujukan perniagaan fintech yang ingin beroperasi antara satu sama lain.

Malah secara tidak langsung, kedua-dua pihak turut dapat mempromosikan inovasi mereka pada pasaran modal masing-masing.

Setakat ini,  sejak tahun 2017 SC telah membuat enam perjanjian fintech bersama Suruhanjaya Sekuriti Hong Kong (SFC), Penguasa Monetari Singapura (MAS) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC).