Artikel

FGV Lapor Kerugian Bersih Suku Kedua Berjumlah RM52.2 Juta

FGV Holdings Bhd hari ini (24 Ogos) melaporkan kerugian bersih kumpulan sebanyak RM52.20 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2020.

Catatan ini jauh lebih tinggi berbanding RM20.55 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan untuk suku tersebut sedikit tinggi pada RM3.29 bilion daripada RM3.28 bilion tahun ke tahun.

Sepanjang tempoh enam bulan, FGV kini mencatatkan kerugian bersih yang lebih luas sebanyak RM121.80 juta daripada RM55.57 juta, sementara pendapatan jatuh kepada RM6.08 bilion daripada RM6.56 bilion tahun sebelumnya.

Antara faktor yang mendorong adalah kerugian yang lebih tinggi dicatatkan pada sektor perladangan, akibat jumlah penjualan yang lebih rendah.

Sektor perladangan mencatat kerugian lebih tinggi sebanyak RM104.98 juta untuk tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2020 berbanding kerugian RM14.28 juta pada tempoh kewangan yang sama sebelumnya.

Setakat ini, FGV menjangkakan keseluruhan persekitaran perniagaan akan kekal tidak menentu dan tidak stabil.