AirAsia.com dan Agoda kini mengumumkan kerjasama strategik bagi memacu permintaan pelancongan pada Asia Tenggara.
Menerusi kerjasama ini, kedua-dua platform pelancongan tersebut mampu meningkatkan permintaan serta keyakinan dari pengguna, dengan melampirkan pakej lengkap kepada mereka.
Pelanggan AirAsia.com kini dapat menikmati lebih banyak variasi dengan lebih dari 600,000 hartanah Agoda, digabungkan dengan harga tambang AirAsia yang berpatutan melalui tempahan SNAP – iaitu menawarkan pakej penerbangan dan hotel dengan harga yang dijamin.
Malah, menurut Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia – kerjasama dengan Agoda ini adalah sebahagian daripada pelan kumpulan tersebut dalam mengatur kembali permintaan laluan udara bagi Asia Tenggara.
Sementara itu, antara sebab lain – ini adalah persediaan mereka dalam menantikan pembukaan semula sempadan Asia Tenggara untuk masa terdekat ini.