Artikel

China Jangka Ekonomi Berkembang, Tawar Lebih 9 Juta Peluang Pekerjaan

China jangka lebih dari 9 juta peluang pekerjaan baharu bakal ditawarkan pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri China, Li Keqiang – jangkaan tersebut adalah susulan kepada pemulihan pertumbuhan ekonomi negara.

Antara percaturan China adalah menyeimbangkan pekerjaan melalui penggunaan dasar fiskal, monetari dan pelaburan yang diselaraskan.

Selain itu, usaha ini dilihat dapat meningkatkan sokongan peluang pekerjaan untuk sektor dan kumpulan utama seperti graduan, anggota tentera, pekerja asing dan para penganggur.

Bagi menstabilkan platform pekerjaan, China juga akan membiayai latihan kemahiran, dengan lebih dari 35 juta peluang latihan kemahiran vokasional akan diberikan pada tahun 2020 dan 2021.

Setakat ini, China mencatatkan pertumbuhan 3.2% dari tahun ke tahun bagi suku kedua tahun ini. Catatan tersebut memaparkan pemulihan dari penguncupan rekod sebelum ini, disebabkan langkah percegahan kerajaan ketika pemulaan COVID-19.

Hasil peningkatan bantuan rangsangan turut membantu keluaran negara dalam memerangi krisis itu.

Meskipun sebelum ini, penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi kedua terbesar itu akan merosot pada kadar yang tinggi, namun kini ia sedang mempamerkan kenaikan.

Pertumbuhan China secara jelas memberi kesan kepada ekonomi global. Sekiranya ekonomi China terus bergerak dengan perlahan ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara lain juga. Khususnya kepada ekonomi negara yang berteraskan kepada bahagian komoditi.