Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), 22 Ogos 2020 sehingga 28 Ogos 2020 memaparkan kenaikan pada RON95, RON97 manakala Diesel pula menunjukkan penurunan.
Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu RM1.71 seliter. Manakala harga RON97 naik sebanyak 3 sen seliter dengan RM2.01 seliter dan Diesel pula turun 2 sen seliter dengan RM1.80 sen.
Susulan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia dan penularan COVID-19 telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya PKS dan golongan B40.