Pos Malaysia Bhd kini menjual 51% operasi kargo udara di Malaysia Timur kepada Asia Cargo Network Sdn Bhd (ACN).
Jualan itu dilakukan susulan kerugian yang dialami.
Pos Malaysia mengumumkan bahawa unit milik penuhnya Pos Aviation Sdn Bhd mengadakan perjanjian langganan saham (SSA) dan perjanjian pemegang saham (SHA) dengan ACN untuk melupuskan 51% kepentingan dalam Pos Asia Cargo Express.
Setelah menyelesaikan perjanjian, ACN dan Pos Aviation masing-masing akan memegang 51% dan 49% saham di Pos Asia Cargo Express. Syarikat itu kini akan dinamakan semula sebagai World Cargo Airlines (WCA).
Hasil penjualan ini akan digunakan oleh WCA untuk menyelesaikan hutang antara syarikat kepada Pos Aviation dan Pos Malaysia berjumlah RM37.8 juta (pada 15 Nov 2019).
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, urus niaga itu akan membolehkannya meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Melalui perkongsian itu, pihaknya dapat memanfaatkan pengalaman dan kepakaran ACN dengan menawarkan peningkatan, kecekapan dan kelajuan kargo udara yang ditingkatkan.
Rangkaian ACN serantau ini dilihat akan memberi peluang pekermbangan kepada Pos Malaysia. Ini kerana KLIA ketika ini sedang dikembangkan sebagai hab kargo e-pemenuhan serantau.
Ini juga akan membolehkan Pos Malaysia fokus pada memenuhi permintaan pelanggan dalam perniagaan teras yang terdiri daripada perkhidmatan pos, kurier dan runcit.