Sektor pembuatan kini merancang untuk mengurangkan jumlah tenaga kerja sehingga 30%.
Pelan ini dapat dilihat berdasarkan tinjauan situasi semasa perniagaan yang dijalankan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) ke atas sektor pembuatan serta pengeluaran. Sekitar 42% responden berpendapat bagi mengurangkan jumlah kos, pemotongan tenaga kerja perlu dilakukan.
Tindakan ini susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, telah mengehadkan operasi sektor tersebut. Maka pemain industri perlu mengecilkan skala sedia ada bagi menanggung kenaikan kos logistik dan penghantaran.
Menurut Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai – setakat ini selain pengeluar sarung tangan getah, rata-rata pengeluar lain hanya beroperasi pada kadar separuh kapasti sahaja.
Ini kerana pengeluaran pengilang masih dibatasi oleh permintaan yang lemah dari pasaran eksport dan tempatan.
Manakala dari segi kesinambungan perniagaan, 38.9% responden percaya bahawa syarikat mereka akan dapat bertahan kurang dari 12 bulan.
Sementara itu, 34% responden pula percaya bahawa syarikat mereka akan dapat mengekalkan perniagaan mereka selama lebih dari 12 bulan.
Sehubungan itu, inisiatif kerajaan seperti subsidi upah dan moratorium pinjaman memainkan peranan penting dalam kelangsungan sesebuah perniagaan kepada perusahaan mikro dan sektor berkepentingan amatlah penting.
Ia perlu disegerakan, perihal ini bukan sekadar membantu meningkatkan pendapatan sektor negara namun turut mampu mengurangkan kadar pengangguran yang kini berapada pada paras 4.9% (773,200 penggangur).