Artikel

Apple Menjadi Syarikat Amerika Pertama Dengan Modal Pasaran Mencapai $2 Trilion

Apple hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi syarikat Amerika pertama dengan modal pasaran mencapai nilai $2 trilion.

Angka ini dicapai hari ini apabila saham Apple yang didagangkan mencapai nilai $467.77. Hal ini sekaligus memperlihatkan Apple berjaya menggandakan modal pasaran mereka dalam tempoh hanya dua tahun.

Sebelum ini, Apple telah menjadi syarikat bernilai $1 trilion pada Ogos 2018 yang lepas.

Selain Apple, sejumlah syarikat teknologi lain turut mempunyai nilai modal pasaran melangkaui $1 trilion, termasuk Microsoft, Amazon dan Alphabet (Google).