Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang mengkaji pengenaan cukai pengosongan kepada para pemaju yang gagal menjual unit mereka.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin – pengenalan cukai ini akan memberi peringatan kepada para pemaju untuk lebih bijak dalam usaha mengurangkan lambakan unit kediaman yang tidak terjual.
Ini kerana lebihan unit kediaman yang tidak terjual itu dapat mencetuskan pelbagai lagi kerosakan yang mampu mempengaruhi kualiti rumah tersebut.
Setakat ini, cadangan tersebut masih diperingkat awal dan sekiranya perolehi kelulusan kabinet- ia akan mula dilaksanakan pada awal tahun hadapan, 2021.