Artikel

NTIS Sasar Penyertaan Aktif Startup, Bantu Pertingkatkan Pertumbuhan Ekonomi Negara

Pelancaran National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) hari ini (19 Ogos) sasar pulangan pelaburan sekitar RM300 juta.

Menerusi inisiatif ini, MOSTI bersama kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM100 juta terhadap NTIS dibawah PENJANA. Pihaknya menjangkakan penglibatan aktif dari startup sektor sasaran seperti teknologi perubatan, pelancongan, pembuatan, pertanian dan pendidikan.

Jangkaan lain yang turut dinyatakan adalah peningkatan pembangunan penyelesaian inovatif dapat dilaksanakan pada peringkat penyelidikan sehingga ia bersedia untuk dikomersialkan pada pasaran.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – platform ini dapat menyumbang kepada pendapatan negara iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Disamping itu, peluang pekerjaan turut dapat dipertingkatkan dan memberi sumbangan kepadan pelaburan sektor swasta dalam penyelidikan (R&D).

Untuk makluman dibawah platform ini terdapat 4 skim pembiayaan yang ditawarkan dengan nilai pembiayaan maksimum berbeza. Bagaiamanapun, segala kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada persetujuan Malaysia Tehnology Develompent Corporation (MTDC) bersama syarikat korparat, pelabur lain.

Bagi permohonan, syarikat pemula teknologi kini boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS di https://sandbox.gov.my.