Artikel

Seluruh Dunia – Kes Kematian COVID-19 Cecah 778,557

Kini, jumlah kes kematian COVID-19 di seluruh dunia catat 778,557 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, kadar kematian ini telah meningkat lebih 3,000 kes dalam masa 24 jam sahaja.

Amerika Syarikat ketika ini menjadi negara yang tertinggi pada kes kematian dengan seramai 175,074 kes, diikuti Brazil 110,019 dan Mexico sebanyak 57, 774 kes.

Setakat ini sekitar 9 buah negara telah mencatatkan angka kematian melebihi 20,000 kes untuk seluruh dunia.

Malaysia bagaimanapun masih terkawal dengan  mencatatkan sebanyak 125 kes kematian.

Semalam terdapat 7 kes positif baharu telah dikenalpasti, yang melibatkan 4 kes import manakala 3 lagi adalah kes tempatan.

Melihat pada situasi ini, secara jelasnya momentum penularan COVID-19 masih lagi ditahap kritikal. Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama badan kesihatan lain kini sedang berusaha memperluaskan ujian vaksin dan bantuan sokongan perubatan kepada seluruh dunia.

Bagaimanapun, keprihatinan orang ramai untuk kekal menjaga penjarakan fizikal serta mengamalkan pemakaian pelitup muka amat diperlukan. Ini bagi membantu memutuskan rantaian COVID-19 secara berterusan.