Sektor peruncitan kini dijangka pulih sehingga 80% pada separuh kedua tahun 2020.
Menurut Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), jangkaan ini akan didorong oleh penggunaan tempatan dan tahap pembelian – di mana peningkatan jualan cenderung untuk memulihkan kembali sektor tersebut.
Meskipun kadar pengangguran baru menunjukkan penurunan 0.4% kepada 4.9% – angka tersebut dapat ditingkatkan lagi. Ini kerana pembukaan pelbagai sektor seperti industri perkhidmatan mampu menghidupkan semula ekonomi negara dengan menawarkan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada pekerja tempatan.
Sekiranya, jangkaan ini tepat ia secara tidk langsung dapat meningkatkan aliran tunai negara.