Artikel

Sukuk Digital Pertama Malaysia Dilancarkan, Boleh Dilanggan Serendah RM500

Kini, dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan terbitan Sukuk Prihatin, iaitu sukuk digital pertama di Malaysia.

Menerusi terbitan ini, sebanyak 27 platform perbankan digital akan terlibat bagi proses kemasukan.

Pada platform ini, MOF turut menyasarkan jumlah keseluruhan terbitan adalah sekitar RM500 juta. Tawaran terbitan tersebut akan bermula pada 18 Ogos hingga 17 September ini.

Untuk makluman, sukuk ialah sijil kewangan islam yang memiliki persamaan dengan konsep bon. Pada terbitan ini, sukuk tersebut mengamalkan prinsip Tawarruq, di mana ia adalah instrumen yang mematuhi syariah dan dapat dilanggan serendah RM500 tanpa sebarang had maksimum.

Bagi pembaca yang beminat, langganan ini turut dapat dilakukan menerusi JomPAY dan DuitNow. Sebarang maklumat lanjut, boleha layari pautan https://penjana.treasury.gov.my/.