Thailand kini telah memaparkan prestasi ekonominya bagi suku kedua tahun 2020, menyusut sehingga -12.2%.
Ini secara tidak langsung mempamerkan selain Malaysia, Thailand turut mengalami kemerosotan disebabkan krisis COVID-19.
Perkara ini berikutan penutupan sektor ekonomi diseluruh negara yang menjadikan faktor permintaan dan pengeluaran sesebuah negara semakin merudum.
Ekonomi Asia Tenggara yang lain turut melaporkan penguncupan dua digit adalah Filipina dengan -16.1%, dan Singapura dengan -13.2%.
Sementara itu, meskipun Indonesia antara negara asia yang memiliki jumlah kes COVID-19 tinggi, namun setakat ini negara tersebut sekadar melaporkan penguncupan pada satu digit sahaja, iaitu -5.32%.
Berlainan pula dengan Vietnam, yang berjaya menghindarkan kedudukan negara mereka dari penguncupan. Prestasi ekonomi negara mereka memaparkan peningkatan kepada 0.36%.
Ini secara tidak langsung menjadikan Vietnam, satu-satunya negara Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kedudukan prestasi ekonominya.