Artikel

Harga Minyak Naik Semula, RON95 Kini RM1.68 Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 Ogos 2020 sehingga 21 Ogos 2020 dilihat menunjukkan kenaikan.

Di mana harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 5 sen dari RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter.

Manakala harga RON97 juga turut naik pada angka yang sama iaitu 5 sen dari RM1.93 kepada RM1.98 dan Diesel pula naik 3 sen dari RM1.79 kepada RM1.82.