Artikel

Pelan Induk Ekonomi Digital Dijangka Akan Diumumkan Pada Oktober 2020

Ekonomi digital memainkan peranan penting hari ini, sekaligus memperlihatkan peningkatan yang positif dari hari ke hari dari segi pendapatan untuk syarikat, mahupun negara.

Terbaru, kerajaan menyasarkan untuk mengumumkan Pelan Induk Ekonomi Digital pada bulan Oktober 2020 kelak – sekaligus menyasarkan untuk terus mengembangkannya.

Kerajaan menyasarkan ia akan dikembangkan untuk meliputi pelbagai sektor, termasuk sektor pembuatan di Malaysia.