Airbnb kini sumbang RM3.98 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Sebelum berlakunya krisis COVID-19, Airbnb antara platform yang menjadi pilhan pengguna untuk tempahan rumah mahupun bilik bagi jangka masa pendek.
Kini menerusi laporan Oxford Economics – Kesan Ekonomi Airbnb di Malaysia memaparkan Airbnb telah berjaya membina sekitar 52,100 peluang pekerjaan kepada masyarakat negara sejak 2015 sehingga 2019.
Penglibatan Airbnb dilihat bukan sekadar mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan – namun turut menyumbang kepada peningkatan sekor pelancongan dalam dan luar negara.