Peluang pekerjaan sektor swasta kini menunjukkan penurunan kepada 8.4 juta bagi suku kedua berbanding suku pertama 2020 sebanyak 8.6 juta.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin kadar pekerjaan yang diisi turun berbanding suku sebelumnya kepada 98%.
Ini menjadikan jumlah pekerjaan yang diisi 8.2 juta, sementara itu peluang kekosongan pekerjaan pula ialah 170,000.
Berdasarkan laporan tinjauan Pekerjaan Suku Tahunan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) – catatan itu merangkumi bahagian permintaan buruh, merangkumi pekerjaan berasaskan kategori kemahiran dan kegiatan ekonomi.
Meskipun, sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi seperti sedia kala – namun setiap premis masih memiliki kesukaran berhubung perubahan budaya kerja serta kos kerugian operasi yang terpaksa ditanggung sebelum ini.
Ia sekaligus mendorong permintaan tenaga kerja menjadi lebih rendah.
Meskipun, catatan permintaan tenaga kerja menurun namun masih terdapat 12,000 tawaran pekerjaan telah disediakan untu suku ini.
Susulan itu, DoSM menasihati para pemohon pekerjaan untuk memanfaatkan situasi ketika ini dengan menyemak semula pengetahuan dan kemahiran mereka bagi memenuhi permintaan industri.