Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini akan menaikkan had penggearan bagi amanah pelaburan hartanah Malaysia (M-REIT) daripada 50% kepada 60%.
Peningkatan sementara ini akan berkuat kuasa serta merta, sehingga 31 Disember 2022.
Melalui kenaikan sementara had penggearan ini, ia akan memberi fleksibiliti yang lebih besar kepada aliran tunai M-REIT. Ini secara tidak langsung membolehkan pengurusan hutang dan modal pelaburan hartanah dapat diseimbangkan ketika krisis COVID-19.
Meskipun had tersebut dinaikkan, SC meramalkan M-REIT mampu menyelaraskan kepentingan bagi pemegang unit mereka dari menanggung pelbagai lagi hutang tambahan.