Karangkraf merupakan salah satu penerbit buku, majalah dan lain-lain yang terkemuka di Malaysia. Sejumlah majalah dan buku menarik yang ditawarkan Karangkraf mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Karangkraf sebuah syarikat 100% muslim, melabur Rm10 juta untuk buka kilang pembuat Pelitup Muka pakai buang yang yang berkualiti, bersih & suci terjamin serta mematuhi piawaan kesihatan dunia untuk pasaran tempatan & ekspot ke timur tengah. Fasa pertama operasi 1 September 2020.
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) August 11, 2020
Kini, selain daripada penawaran majalah, Karangkraf turut akan melabur RM10 juta untuk membuka sebuah kilang pelitup muka yang berkualiti, bersih, serta mematuhi piawaian kesihatan dunia.
Karangkraf menyasarkan fasa pertama operasi untuknya bermula seawal September 2020 ini.
Selari dengannya, Karangkraf menyasarkan untuk mengurangkan harga jualan untuk pelitup muka berbanding harga siling yang agak tinggi pada hari ini.