Artikel

China Temui Virus COVID-19 Pada Bungkusan Makanan Sejuk Beku

Pihak berkuasa China kini menemui virus COVID-19 pada bungkusan makanan laut sejuk beku import.

Menurut laporan Reuters, makanan beku import ini dikatakan telah dihantar dari pelabuhan Dalian, China – yang memiliki peningkatan kes positif COVID-19 baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelabuhan Dalian tidak menyatakan produk tersebut berasal dari mana.

Selain penemuan itu, Pegawai Kastam Dalian mengesahkan penemuan virus COVID-19 turut dijumpai pada bungkusan udang beku import dari Ecuador di Pelabuhan Liaoning. Bagi mengekang penularan yang lebih luas, China telah menghentikan operasi barangan import tersebut.

Setakat ini, pihak yang terlibat telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif. Namun, tiada sebarang penjelasan dlanjut dilakukan berhubung isu ini.

Tindakan itu sekaligus membimbangkan sektor ekonomi makanan negara lain – di mana langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan setiap barangan import ini terhindar dari gejala COVID-19.