Artikel

Pasaran Khidmat Seru-Makanan Dijangka Akan Meningkat 17.9% Setiap Tahun

Mengikut data daripada Statista Market Forecast, pada tahun ini, pasaran seru-makanan dianggarkan bernilai sekitar $192 juta iaitu sekitar RM806 juta. Dengan norma baharu sejak daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia telah mengubah gaya hidup orang ramai, dan kini lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan seru-makanan untuk mendapatkan makanan harian. Ini sekaligus membawa kepada perkembangan yang lebih pesat berbanding jangkaan awal untuk sektor penghantaran seru-makanan ini.

Menurut jangkaan, pasaran perkhidmatan makanan secara atas-talian atau seru-makanan ini dijangka meningkat sebanyak 17.9% setiap tahun utuk tempoh empat tahun akan datang.

Perkembangan ini turut membawa kepada beberapa pembukaan peluang kerja baharu – terutamanya dalam arena ekonomi gig, serta perkembangan ekonomi digital.

Pada hari ini, di Malaysia antara pemain utama dalam arena ini adalah GrabFood dan juga FoodPanda. Kedua-duanya bersaing sengit dengan menawarkan pelbagai diskaun kepada pengguna dalam menggunakan perkhidmatan seru-makanan mereka. Disamping itu, kerajaan sendiri kini mengalakkan transaksi secara atas-talian melalui beberapa inisiatif – termasuk Shop Malaysia Online dan juga penawaran kredit RM50 ePenjana.