AirAsia X Bhd kini sekadar mencatatkan jumlah penumpang sekitar 2,291 sahaja untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2020.
Angka ini menunjukkan penurunan yang begitu ketara berbanding tempoh yang sama tahun 2019 yang mencatatkan 1.45 juta penumpang.
Perolehan ini susulan pelaksanaan operasi yang minimum disebabkan penutupan sementara ekonomi ketika akhir suku pertama 2020.
Krisis COVID-19 jelas memberi kesan kepada pelan penerbangan AirAsia, setakat ini pihaknya sekadar mengfokuskan kepada bahagian kargo dan penerbangan membawa pulang para pelancong.