Zhejiang Geely Holding Group (Geely), pembangun automotif China melalui anak syarikatnya – Volvo kini merancang untuk membangunkan model kereta baharu di Malaysia- yang sebahagiannya milik jenama Proton.
Menurut laporan Reuters, tindakan itu adalah antara strategi Geely dalam mempertingkatkan kedudukan mereka selaku pembangun automotif global pertama di China.
Untuk makluman Geely memiliki sejumlah 49.9% pegangan dalam Proton dan baki majoriti adalah milik DRB-Hicom.
Menerusi platform Volvo, projek Compact Modular Architecture (CMA) akan membolehkan mereka membangun, merancang dan membina pelbagai jenis kereta kompak dengan susun atur mekanikal yang sama namun lebih pantas berbanding sebelumnya dan kos yang lebih rendah.
Dibawah projek CMA ini terdapatnya pembangunan kereta kecil yang dikenali sebagai segmen B Modular Architecture (BMA) yang akan dilancarkan untuk Proton. Melalui platform ini, Geely akan memanfaatkan teknologi pembuat kereta Sweden dan kemampuan Geely dalam kawalan kos, pengurusan rantaian bekalan dan pengeluaran tempatan.
Li Li, Timbalan Presiden Geely Automobile Research Institute, turut mengesahkan rancangan mereka ke atas Proton semasa wawancara di Ningbo. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaa pelaburan umum, sasaran kewangan serta perancangan pembangunan kereta tersebut.
Setakat ini, Geely telah menjual lebih dari 2 juta kereta setahun untuk semua jenama, menjadikannya antara 10 pembangun kenderaan teratas di dunia berdasarkan penjualan unit.