Artikel

Prestasi Eksport Minyak Sawit Catat Peningkatan, Sumbang RM22.57 Bilion

Kini, harga minyak sawit semasa mencatatkan paras RM2,800 satu tan.

Catatan ini didorong hasil peningkatan eksport minyak sawit sebanyak 6%, ia sekaligus turut memaparkan peningkatan pada prestasi harga komoditi produk dan eksport sawit.

Paras ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pemain industri untuk meningkatkan perolehan pendapatan jualan mereka pada kadar yang lebih tinggi.

Setakat ini, nilai eksport sawit telah mencatatkan jumlah RM22.57 bilion bagi Januari hingga Jun 2020.

Inisiatif lain yang turut membangunkan sektor ini adalah peningkatan penyertaan pekebun kecil melalui pelaksanaan pensijilan Minyak Swit Mampan Malaysia (MSPO).