Artikel

RON95, RON97 Turun 5 Sen Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 8 Ogos 2020 sehingga 14 Ogos 2020 dilihat menunjukkan penurunan.

Di mana harga runcit petrol RON95 menunjukkan penurunan sebanyak 5 sen dari RM1.68 seliter kepada RM1.63 seliter.

Manakala harga RON97 juga turut turun pada angka yang sama iaitu 5 sen dari RM1.98 kepada RM1.93 dan Diesel pula turun 4 sen dari RM1.83 kepada RM1.79.