Artikel

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Ditahan Oleh SPRM

Bekas Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat Khamis (6 Ogos).

Beliau telah dilihat memasuki kompaun ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 9 malam tadi.

Pihak SPRM telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka telah menahan YB Lim pada hari ini.