Nintendo kini mencatatkan peningkatan jualan enam kali ganda sehingga Jun 2020.
Menerusi laporan suku pertama tahun kewangan 2021, Nintendo telah memaparkan keuntungan bersih sekitar RM4.1 bilion (AS$1 bilion).
Susulan krisis COVID-19, ternyata memberi tuah kepada pembangun permainan video ini. Nintendo telah berjaya mencuri tumpuan masyarakat dunia untuk menikmati pelayar mereka.
Pada laporan yang sama turut memaparkan jualan bagi April sehingga Jun – Nintendo telah berjaya meraih sekitar RM1.6 bilion berbanding RM658 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Apa yang lebih menarik, peningkatan jualan ini turut didorong oleh hasil jualan 61.44 juta unit konsol Nintendo Switch – berikutan fenomena permainan Animal Crossing ketika bulan April lalu.