Artikel

Kesan COVID-19, Keuntungan Toyota Merosot Sehingga 74%

Toyota catat kemerosotan pada keuntungan bersih suku pertama dengan 74%.

Catatan ini ekoran krisis COVID-19 yang telah membawa kepada penutupan sementara operasi jualan. Penurunan ini jelas memberi kesan kepada seluruh pasaran automotif global.

Untuk makluman, pendapatan bagi suku pertama pula telah merosot sekitar 40%.

Manakala bagi keuntungan operasi pada peringkat Asia pula Toyota memaparkan penurunan jualan sehingga 61%, sekadar mencatatkan keuntungan 42.8 bilion yen.

Setakat ini, pihak Toyota telah memberi amaran bahawa kadar keuntungan bersih sehingga Mac 2021 akan terus menurun sekitar 64%.  Disamping itu, ramalan pendapatan tahun kewangan juga turut dijangka menurun sehingga 20% dengan kutipan 24 trilion yen.

Susulan krisis yang sedang berlaku pada masa ini, ia telah merencatkan jualan operasi meliputi jualan kenderaan eksport, import dan pembekal pihak ketiga.