Artikel

Belanjawan 2021 Bakal Beri Tumpuan Pada Belia

Antara komponen utama Belanjawan 2021 yang bakal diperkasakan adalah menyokong skop keusahawanan belia.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan tumpuan lain yang turut dilakukan adalah pada penghasilan peluang pekerjaan, tingkatkan akses tahap kesihatan serta keperluan kerjaya.

Untuk makluman, pelan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November ini dengan mengfokuskan kepada empat tema.

Ianya merangkumi keperihatinan terhadap rakyat, kelangsungan sara hidup, pemacuan ekonomi dan peningkatan pada perkhidmatan awam.

Fokus utama ini sedikit sebanyak dapat melihat misi kerajaan dalam membendung peningkatan kadar pengangguran negara,  yang telah meningkat sehingga 5.3% Mei lalu.