Artikel

BNM, MDEC Lancar Program Fintech Booster

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini telah melancarkan platform Fintech Booster.

Program ini bertujuan menyokong pertumbuhan dan perkembangan syarikat fintech di Malaysia. Disamping menyediakan skim pembinaan kapasiti bagi membolehkan syarikat fintech membangunkan produk dan perkhidmatan.  Selain itu, inisiatif ini turut meningkatkan kefahaman mereka terhadap keperluan perundangan, pematuhan serta peraturan.

Setakat ini, enam firma perunding dan panel telah menawarkan diri untuk menyumbang kepakaran mereka dalam bidang perundangan dan peraturan kewangan – LG AH Advocates and Associates, Masyref, PwC, Tawafuq, Richard Wee Chambers dan Zico.

Selain itu, menerusi pelancaran ini juga pembangunan hab pakar runding akan dibangunkan bagi menyokong keperluan tenaga fintech dalam memperolehi bantuan.