Tempoh moratorium kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini akan dilanjutkan sehingga Disember 2020.
Tindakan penangguhan ini akan melibatkan angka pinjaman keseluruhan sekitar RM1.125 bilion. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh para peminjam akibat krisis COVID-19 yang masih berterusan.
Untuk makluman, tempoh lanjutan ini akan dilakukan secara automatik tanpa memerlukan sebarang permohonan penangguhan oleh para peminjam.
Lebih menarik pihak PTPTN turut menyatakan pihaknya sedia terbuka untuk melakukan penstrukturan semula bagi kaedah bayaran pinjaman sehingga maksimum 24 bulan.