Kini lebih 2.58 juta pekerja bakal menerima manfaat menerusi kelulusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM8.97 bilion.
Berdasarkan laporan LAKSANA, insentif dibawah Program Subsidi Upah ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kewangan – Tengku Zafrul.
Tindakan ini diambil berikutan aduan yang diterima oleh PERKESO bahawa masih terdapat majikan yang memotong gaji atau menghentikan para pekerja tanpa persetujuan mereka, meskipun telah mengambil skim tersebut.
Sementara itu, aduan lain yang turut diterima minggu lalu adalah permohonan ditolak. Setakat ini 314,844 (96.7%) permohonan telah diluluskan.