Kementerian Kewangan (MOF) kini mengesahkan pembayaran semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM4.76 bilion akan dilakukan.
Tindakan pembayaran itu akan dibuat menjelang akhir tahun ini.
Menurut MOF, antara halangan pembayaran semula adalah kegagalan maklum balas dari pihak bank dalam megemukakan pengesahan dokumen.
Setakat ini sekitar RM1.479 bilion telah diluluskan bagi pembayaran semula untuk 22 Jun sehingga 8 Julai 2020.
Malah MOF juga turut menegaskan pihaknya tidak akan menangguhkan tunggakan tersebut. Kini dalam usaha mempercepatkan proses tersebut.