Meskipun krisis COVID-19 masih lagi tular dalam kalangan warga tempatan, secara puratanya rakyat Malaysia menerusi paltform Carousell masih mampu mencatatkan sekitar RM1,396.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kajian tingkahlaku pengguna Carousell menunjukkan perihal itu tidak mematahkan semangat peniaga Carousell untuk terus bergiat aktif.
Catatan data memaparkan lebih 690,000 transaksi telah dilakukan sepanjang tempoh PKP ini. Ia telah membawa kepada aliran tunai sehingga RM640 juta.
Selain itu, penutupan baazar fizikal ketika Ramadan lalu telah memberi manfaat kepada peniaga Carousell, khusus dalam jualan makanan. Data platform menunjukkan permintaan jualan makanan dan barangan masakan telah meningkat tiga kali ganda berbanding sebelum ini.
Apa yang lebih menarik juga, jualan barangan kesihatan turut memaparkan peningkatan dengan lima kali ganda permintaan pelitup muka yang diperolehi. Secara jelas menunjukkan peniaga platform peka akan situasi semasa.
Menurut Tang Siew Wai, Pengurus Carousell Malaysia – rakyat dilihat bijak menyesuaikan diri, meskipun PKP dilaksanakan namun ia tidak menyekat pecaturan perniagaan mereka dari terus beroperasi. Malah tawaran promosi kepada pengguna Carousell juga turut merancakkan lagi platform tersebut.