Artikel

Penjarakan Fizikal, Istilah Yang Lebih Tepat – WHO

Kini, terma penjarakan sosial akan digantikan dengan penjarakan fizikal.

Tindakan tersebut telah disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama pakar kesihatan lain berikutan makna terma tersebut dilihat lebih tepat pada sudut perubatan dan lebih jelas untuk difahami.

Ini kerana penggunaan istilah penjarakan sosial ditakrifkan terlalu umum, di mana masih ramai yang gagal menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter antara lain. Menerusi peralihan istilah penjarakan fizikal ini ia sekaligus dapat memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekalkan jarak fizikal mereka.

Menerusi ciapan Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai dikehendaki menggunakan terma penjarakan fizikal bagi penyampaian maklumat yang lebih jelas.

Bagaimanapun, tindakan ini diakui sukar untuk diubah. Pengunaan penjarakan sosial kini dilihat sudah sebati dengan pemahaman masyarakat dunia.

Malah terdapat pendapat peralihan terma ini mampu mengelirukan orang ramai khususnya dari segi penyampaian maklumat. Perkara tersebut akan memberi kesan kepada komunikasi dua hala dan risiko kepada pemahaman maklumat.