Artikel

Harga RON95 Dan RON97 Kekal Untuk Minggu 1 Ogos 2020

Dengan perubahan harga runcit produk petroleum secara mingguan, kini Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan yang mana harga runcit petrol untuk RON97 dan RON95 akan kekal bagi tempoh 1 Ogos 2020 sehingga 7 Ogos 2020 kelak.

Dengan pengumuman ini, harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM1.98 seliter, sementara RON95 pula kekal pada harga RM1.68 seliter.

Harga runcit untuk diesel pula naik sebanyak 1 sen seliter, iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.83 seliter.