Artikel

Pos Malaysia Menghentikan Sementara Perkhidmatan Mel Dan Bungkusan Antarabangsa – Kecuali Ke Singapura

Pos Malaysia kini mengumumkan mereka akan menghentikan perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa, serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa, kecuali untuk Singapura. Perubahan ini adalah berkuatkuasa mulai 3 Ogos 2020 ini sehingga diberitahu kelak.

Pos Malaysia mengatakan perubahan ini adalah disebabkan oleh impak Covid-19 yang membawa kepada sekatan berbeza di negara-negara destinasi – termasuk dari segi untuk penerbangan, penutupan lapangan terbang dan juga perkhidmatan rentas sempadan.

Sejak kebelakangan ini, walaupun beberapa negara telah membuka sektor ekonomi mereka, namun peningkatan kes penularan Covid-19 membawa kepada kebimbangan kembali dikalangan ramai pihak.

Pos Malaysia mereka akan berkongsi maklumat terkini berkaitan perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa melalui platform media sosial rasmi mereka, dan juga web rasmi Pos Malaysia.