Bagi meningkatkan semula aliran perbelanjaan pengguna, mulai 31 Julai – para pengguna kini boleh menebus RM50 kredit ePENJANA.
Perolehan ini hanya tertakluk kepada aplikasi dompet digital terpilih sahaja seperti Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Pengguna juga perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pelaksanaan kredit ini adalah hasil usahasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 bersama penyedia dompet digital.
Menerusi inisiatif ini sekitar 15 juta individu akan memperolehi manfaat penebusan kredit tersebut. Ini merangkumi jumlah RM750 juta kredit yang disalurkan pada kempen.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, tempoh permohonan kredit RM50 ini akan berlangsung mulai 31 Julai sehingga 24 September.
Manakala, tarikh akhir bagi penggunaan ePENJANA itu pula berakhir pada 30 September 2020.